Fushigi Yuugi
Fushigi Yuugi | |
Genre | Drama, Fantasi, Cinta |
---|---|
Manga | |
Pengarang | Yuu Watase |
Penerbit | Shogakukan |
Penerbit Lain | Editorial Ivrea Conrad Egmont Kustannus Japonica Polonica Fantastica Seoul Publish Sharp Point Press Viz Media Bongkoch Comics Gollancz Manga Chuang Yi |
Demografik | Shōjo |
Anime | |
Pengarah | Hajime Kamegaki |
Studio | Studio Pierrot |
Dilesenkan oleh | Geneon |
Penyiaran Asal | Animax, TV Tokyo |
Penyiaran Lain | Tooniverse China TV, HER TV GMA 7, AXN-Asia, Animax Animax International Channel Canal Panda |
Dikeluarkan pada | 6 April 1995 – 28 Mac 1996 |
Video animasi original | |
Pengarah | Hajime Kamegaki |
Studio | Studio Pierrot |
Dilesenkan oleh | Geneon |
Jangka masa tayangan | 25 minit |
Video animasi original | |
Fushigi Yūgi OVA 2 | |
Studio | Studio Pierrot |
Dilesenkan oleh | Geneon |
Jangka masa tayangan | 25 minit |
Video animasi original | |
Fushigi Yūgi Eikoden | |
Pengarah | Nanako Shimazaki |
Studio | Studio Pierrot |
Dilesenkan oleh | Geneon |
Jangka masa tayangan | 25 minit |
Novel | |
Pengarang | Megumi Nishizaki |
Penerbit | Shōgakukan |
Berkait | |
Fushigi Yūgi Genbu Kaiden, siri manga prequel yang ditulis selepas Fushigi Yūgi | |
Portal Anime dan Manga |
Fushigi Yūgi (ふしぎ 遊戯code: ja is deprecated , harf. Drama Misteri) ialah siri manga Jepun yang ditulis dan diilustrasi oleh Yuu Watase. Ia pada asalnya disirikan dalam Shōjo Comic dari Mei 1992 hingga Jun 1996.
Plot
Kisah ini mengisarkan tentang seorang gadis bernama Miaka Yuki, bersama rakan baiknya Yui Hongo, yang termasuk ke zaman dahulu melalui sebuah buku di perpustakaan. Kemudian, Miaka mendapati Yui telah hilang lalu mencarinya, tanpa mengetahui rakannya itu telah kembali ke zaman asal. Kisah ini seterusnya memperkenalkan watak Tamahome, seorang pemuda kacak dan miskin yang telah membantunya mencari Yui. Miaka menghentikan pencariannya setelah mengetahui Yui selamat dan telah kembali ke dunia asalnya. Dalam pada masa yang sama, Miaka dan Tamahome bertemu dengan seorang raja bernama Hotori yang mengesahkan bahawa Miaka adalah perawan Suzaku yang telah lama dicari-cari. Tamahome dan Hotohori pula adalah dua daripada tujuh pahlawan Suzaku yang bertanggungjawab melindungi perawan Suzaku. Cerita ini juga memaparkan suka duka dalam pencarian pahlawan yang selebihnya untuk memakbulkan hajat mereka sekiranya kesemua pahlawan Suzaku berjaya ditemui. Kisah ini menjadi lebih rumit apabila Tamahome dan Hotohori saling jatuh cinta terhadap Miaka.