Hai Cinta, Dengarkanlah
Hai Cinta, Dengarkanlah ialah sebuah drama televisyen Malaysia 2024 arahan Eoon Shuhaini terbitan A-Ten Alliance (M) Sdn. Bhd. Ia dibintangi oleh Shukri Yahaya, Anna Jobling dan Niezam Zaidi. Drama ini memulakan tayangan perdana di Slot Akasia, TV3 pada 17 September 2024 menggantikan Pinjaman Syurga
Hai Cinta, Dengarkanlah | |
---|---|
Genre | Melodrama Komedi romantik |
Berdasarkan daripada | Hai Cinta, Dengarkanlah! karya Mardihah |
Ditulis oleh |
|
Pengarah | Eoon Shuhaini |
Dibintangi oleh |
|
Lagu pembukaan | "Lukisan" - Bella Astillah |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 28 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Amilia Amrina Dato' Wira Dr Affifudin |
Penerbit | Datin Wira Wan Kalsom Wan Yusof |
Tempoh siaran | 42 minit |
Syarikat penerbitan | A-Ten Alliance (M) Sdn Bhd |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 (Akasia) iQIYI |
Format gambar |
|
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 17 September 2024 – Kini |
Kronologi | |
Mengikuti | Pinjaman Syurga |
Drama ini juga boleh ditonton di platform penstriman iQIYI pada 1 jam selepas siaran TV.
Sinopsis
Kisah perjalanan hidup seorang wanita bernama Cahaya (Anna Jobling), yang dikejutkan dengan berita kematian suaminya, Firdaus (Nazrief Nazri), pada hari ulang tahun perkahwinan mereka. Saat Cahaya sedang menghitung hari untuk menyambut kelahiran anak sulungnya, kebahagiaan yang diharap menjadi kenyataan musnah dalam sekelip mata.
Cahaya yang kini bergelar sebagai janda. Di dalam kesedihan yang dihadapi, Hakimi (Niezam Zaidi) muncul sebagai penyelamat.
Walaupun Cahaya menolak bantuan Hakimi, dia tetap bertegas untuk membantu dan menjaga Cahaya serta menyokongnya selepas kelahiran anak sulungnya, Fifi (Rania Amanda). Dengan penuh kasih sayang, Hakimi sentiasa berada di samping Cahaya dan menjadi sumber kekuatan dalam tempoh paling sukar dalam hidupnya.
Selepas beberapa bulan kelahiran Fifi, Cahaya kembali bertugas sebagai kurator di Muzium Kuching. Namun, selepas kontraknya tamat, dia dan Fifi harus pulang ke Semenanjung Malaysia.
Takdir tidak pernah salah alamat apabila Cahaya dipertemukan dengan Adib (Shukri Yahaya), seorang lelaki baik hati yang banyak memberi perhatian kepada Fifi. Pertemuan itu membuka peluang baru untuk Cahaya apabila dia ditawarkan untuk bekerja di galeri yang diusahakan oleh Adib.
Seiring dengan perjalanan mereka, hati Cahaya mula terbuka untuk menerima cinta baharu. Tetapi, dengan kehadiran dua lelaki yang penting dalam hidupnya, Hakimi yang telah menunjukkan kesetiaan tanpa syarat. Manakala Adib, yang disukai dan diterima oleh Fifi. Cahaya berhadapan dengan dilema yang sukar untuk membuat keputusan. Adakah dia akan memilih Hakimi, yang sentiasa ada di sisinya? Atau Adib, yang mungkin akan membawa kebahagiaan baharu dalam kehidupannya bersama Fifi?
Pelakon
Pelakon utama
- Anna Jobling sebagai Nur Cahaya
- Shukri Yahaya sebagai Adib Huzairi
- Niezam Zaidi sebagai Aizul Hakimi
Pelakon pembantu
- Raden Zaharatul sebagai Nazilla
- Rania Amanda sebagai Fifi
- Aleza Shadan sebagai Roza
- Zulkifli Ismail sebagai Rahim
- Sharifah Shahora sebagai Puan Suriani
- Halim Radzi sebagai Amin
- Nazrief Nazri sebagai Firdaus
- Natasya Mahyan sebagai Raihana
- Syuhaida Abraz sebagai Sasha
- Zainon Ismail sebagai Abang Khalid
- S. Ruwiyani Ariffin sebagai Mak Leha
- Saidah Kamarudin sebagai Sofie
Pautan luar
TV3: Slot Akasia, Isnin-Jumaat, 7:00 malam | ||
---|---|---|
Sebelumnya | Hai Cinta, Dengarkanlah | Berikutnya |
Pinjaman Syurga | TBA |