Halimah Ali
Yang Berhormat Dr. Hajah Halimah Ali JSM | |
---|---|
Anggota Parlimen Malaysia untuk Kapar, Selangor | |
Penjawat kini | |
Memegang jawatan 19 Disember 2022 | |
Didahului oleh | Abdullah Sani Abdul Hamid |
Majoriti | 11,782 (PRU-15) |
Ahli Dewan Negeri Selangor untuk Selat Klang | |
Dalam jawatan 2008 – 2018 | |
Didahului oleh | Norliza Ahmad |
Digantikan oleh | Abdul Rashid Asari |
Majoriti | 2,754 (PRU-13) 1,459 (PRU-12) |
Butiran peribadi | |
Lahir | (1960-06-27) 27 Jun 1960 (umur 64) Marudi, Sarawak |
Parti politik | Parti Islam Se-Malaysia |
Sekutu gabungan politik lain | Perikatan Nasional |
Pasangan | Dr Ahmad bin Supian |
Anak-anak |
|
Kediaman | Selangor |
Pekerjaan | Ahli politik |
Profesion | Doktor Perubatan |
Yang Berhormat Dr. Hajah Halimah binti Ali (Jawi: حليمة عليcode: ms is deprecated ) ialah ahli politik wanita Malaysia berketurunan Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Kapar.
Di peringkat kerajaan negeri, beliau pernah menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor yang bertanggungjawab kepada pendidikan, pendidikan tinggi dan modal insan. Beliau juga pernah menjadi pengerusi Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS).
Latar belakang dan pendidikan
Beliau yang dilahirkan dan dibesarkan di Marudi, Miri, Sarawak[1]. Selepas belajar di sekolah menengah, Halimah menyambung pelajaran di Kolej Matrikulasi Elizabeth, Hobart, Tasmania. Seterusnya beliau melanjutkan pengajian di Universiti Tasmania dan memperoleh Sarjana Muda Sains Perubatan. Selanjutnya beliau memperoleh Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan (MBBS) dari universiti yang sama. Beliau turut mempelajari pengajian Islam di Institut Latihan Kepemimpinan dan Perkaderan Dakwah Islamiyah (ILHAM) dan menjadi pelajar terbaik bagi Diploma Tasawur Islam.
Kerjaya
Sekembali ke Malaysia, Halimah Ali ditempatkan di Hospital Universiti, Kuala Lumpur(UHKL). Kemudian di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Beliau pernah ditugaskan di Klinik Kesihatan Ibu & Kanak-kanak Klang ,Klinik Kesihatan Ibu & Kanak-kanak, Shah Alam, Pejabat Kesihatan Lapangan Terbang Antarabangsa Subang, Pejabat Kesihatan Daerah Petaling dan Pegawai Kesihatan Sekolah Daerah Klang.
Setelah menimba banyak pengalaman di hospital dan klinik kerajaan , beliau membuka klinik sendiri di Kampung Sungai Udang, Klang dan kini mempunyai dua cawangan.
Aktiviti kemanusiaan
Sebagai seorang doktor yang simpati dengan rakyat, Dr Halimah Ali mendaftar diri untuk menjadi sukarelawan Misi Kemanusiaan Yayasan Amal Malaysia untuk :
- Bencana TSUNAMI, MEULABOH, ACEH
- Bencana gempa bumi Kashmir/Pakistan
- Bencana gempa bumi Yogyakarta
- Mangsa perang Lebanon
- Rakyat miskin mangsa Rejim Pol Pot Kampuchea
- Mangsa banjir TDDI Jaya, Kpg Kebun Bunga, Shah Alam dan Johor
- Aktivis Kempen Jerebu
- Aktivis Kempen kesedaran kanser
- Co -Author Buku Pendidikan Jasmani & Kesihatan Jilid 1(SPBT)
- Kolumnis majalah Ummi [2]
Beliau juga selalu dijemput memberi ceramah di jabatan dan agensi kerajaan , swasta, masjid dan surau. Menjadi motivator jemputan di IPT, sekolah-sekolah dan tadika. Pernah menjadi Doktor undangan untuk program kesihatan di RTM( radio dan televisyen). Beliau prihatin terhadap nasib malang nelayan Telok Gong. Begitu juga masalah penduduk Taman Sentosa Perdana dan lain-lain tempat.
NGO
- Ahli lembaga Pengarah Majlis Pemuafakatan Pendidikan Islam Selangor (MAPPIS),
- Ahli lembaga Pengarah Kolej Integrasi Tahfiz Selangor,
- Ahli Majlis Pendidikan PAS
- 2007-sekarang: Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia
- Merangkap Naib Pengerusi Yayasan Amal Selangor
- 2001 Pengurus Pusat Motivasi Islam Cemerlang
- 2000 Pengasas Kelab Remaja Intan Islam
- 2003 Pengasan Kelab Ibu Muda
- 2005 Pengasas Kelab Remaja Explorers Islam
- Pengarah Pustaka Gedung Ilmu
Penglibatan politik
- Timbalan Pengerusi Biro Solidariti (Perpaduan) Nasional PAS Pusat
- Exco Dewan Muslimat PAS Pusat
- Pengerusi Biro Solidariti Dewan Muslimat PAS Pusat
- Exco Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor Darul Ehsan
- Exco PAS Kawasan Kapar
- Ketua Editor Buletin Mandarin Ren Min Shi Shi
- Editor risalah Tamil Makkal Sakhthi
- Calon PAS di kawasan Kapar dalam PRU 2004. Tetapi Dr Halimah ditewaskan oleh calon Barisan Nasional-UMNO, Norliza Ahmad.
Keputusan pilihan raya
Tahun | Peringkat | Kawasan | Individu (PAS) | Undi | Lawan | Undi | Majoriti | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2004 | PRU DUN | N45 Selat Klang | Dr Halimah Ali (PAS) | 6,508 | Norliza Ahmad (BN-UMNO) | 12,593 | 6,085 | ||
2008 | PRU DUN | N45 Selat Klang | Dr Halimah Ali (PAS) | 11,437 | Norliza Ahmad (BN-UMNO) | 9,978 | 1,459 | ||
2013 | PRU DUN | N45 Selat Klang | Dr Halimah Ali (PAS) | 17,085 | Faisal Yahya (BN-UMNO) | 14,331 | 2,754 | ||
2018 | PRU DUN | N44 Selat Klang | Dr Halimah Ali (PAS) | 11,766 | Mohd Khairi Hussin (BN-UMNO) | 9949 | 500 | ||
Abdul Rashid Asari (PH-PPBM) | 12266 | ||||||||
Jeichandran Wadivelu (PRM) | 52 | ||||||||
Zainal Azwar Kamaruddin (Bebas) | 49 | ||||||||
2018 | PRK DUN | N32 Seri Setia | Dr Halimah Ali (PAS) | 9,698 | Halimey Abu Bakar (PH-PKR) | 13,725 | 4,027 |
Anugerah dan pengiktirafan
Darjah kebesaran
- Malaysia:
- Johan Setia Mahkota (J.S.M.) – (2021)[3]
Isu dan kontroversi
Tuduhan tangkap basah
Dr Halimah memfailkan saman sebanyak RM40 juta terhadap sebuah laman web pro-UMNO. Beliau difitnah ditangkap basah di sebuah hotel di Pelabuhan Kelang. Laman web MyKmu.net ditulis oleh Jamilisa menggunakan nama 'Brigade Commander Selangor' menulis fitnah bertajuk 'Kecoh, Adun Selat Klang kena tangkap' pada 25 Januari 2009.
Dr Halimah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang pada 27 Januari 2009. Pada hari tersebut , beliau berada di Bukit Kuching, Kuala Selangor dan bukan di hotel tersebut. Di Bukit Kuching, beliau bersama Dr Dzulkifly Ahmad dan Dr Mariah Mahmood menghadiri forum perdana .Pegawai Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menegaskan tiada serbuan dilakukan pada malam tersebut sebagaimana yang dilaporkan dalam laman web itu.[4]
Rujukan / Pautan
- [Laman web Dr Halimah Ali]
- ^ Bernama (2018-08-29). "Dr Halimah: Rasai denyut nadi orang susah bukan baru". Malaysiakini. Dicapai pada 2023-09-01.
- ^ [1]
- ^ "Senarai nama penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Tahun 2021 - Johan Setia Mahkota" (PDF). Bahagian Istiadat dan Urusetia Antarabangsa. 13 November 2021. Dicapai pada 13 November 2021.
- ^ Fitnah khalwat: Dr Halimah sedia saman My Kmu.net RM40 juta