Inai Yang Hilang
- Drama
- Cinta
- Misteri
- Eenaz Mokhtar
- CTNA Marzuki
- Farah Bani
- Zuli Ismail
- Kaka Azraff
- Aishah Azman
- Ben Amir
- Ikmal Amry
- Syainie Aida
- Dynas Mokhtar
- Wilma Muhammad
- Arash Mohamad
- Ridzuan Hashim
- Edika Yusof
- Nor Aliah Lee
Inai Yang Hilang merupakan siri drama televisyen Malaysia 2018 arahan Amor Rizan, dibintangi oleh Kaka Azraff dan Aishah Azman bersama-sama dengan barisan pelakon ensembel.[1] Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot GlamaDrama NTV7 dari 25 Jun 2018 hingga 20 Julai 2018 menggantikan Nafas.
Sinopsis
Mengisahkan tentang sebuah keluarga yang sedang gembira tentang khabar anak sulung mereka, Sara akan mendirikan rumah tangga bersama teman lelakinya, Razif.
Setelah malam berinai, Sara seperti gusar dan ingin memberitahu sesuatu kepada adiknya, Ika. Namun, tidak berkesempatan untuk memberitahu Ika, Sara dan Wan Jamil, iaitu pak cik Sara telah hilang dari rumah pada keesokan harinya.
Suasana rumah itu huru hara kerana panik dengan kehilangan mereka itu. Mulai hari itu, setiap orang menjadi suspek siasatan pencarian Sara dan Wan Jamil.
Keluarga Razif menyalahkan Wan Jamil yang sengaja melarikan Sara. Pelbagai spekulasi mula keluar di media sosial. Isteri Wan Jamil, Noraini juga tertekan apabila dia mula menerima pelbagai ugutan.
Razif semakin tertekan dengan kehilangan Sara, dan cuba dipujuk oleh Mimi. Razif meminta bantuan orang ramai di laman instagramnya dan menjanjikan hadiah duit
Lagu tema
- Pilu - Taja MUH feat Adi & Kaka
Pelakon
- Kaka Azraff sebagai Ika
- Aishah Azman sebagai Sara
- Ikmal Amry sebagai Nadim
- Ben Amir sebagai Razif
- Syainie Aida sebagai Mimi
- Wilma Muhammad sebagai Wan Zaleha
- Arash Mohamad sebagai Ahmad
- Dynas Mokhtar sebagi Noraini
- Edika Yusof sebagai Wan Jamil
- Ridzuan Hashim sebagai Zainal
- Nor Aliah Lee sebagai Mastura
- Fikhree Bakar sebagai Badri
Rujukan
- ^ "Drama Inai Yang Hilang (ntv7)". MyInfotaip. 25 Jun 2018.