Kabinet Rahman kedua
Tunku Abdul Rahman membentuk Kabinet Rahman kedua selepas diminta oleh Tuanku Abdul Rahman untuk memulakan pemerintahan baharu berikutan kemenangan Parti Perikatan dalam pilihan raya umum pada 19 Ogos 1959 di Persekutuan Tanah Melayu. Kabinet ini mengangkat sumpah pada 22 Ogos 1959 dan Tunku Abdul Rahman menduduki semula jawatan Perdana Menteri dari Abdul Razak Hussein yang memangku jawatan itu selepas Tunku Abdul Rahman mengambil cuti tiga bulan daripada jawatannya untuk berkempen dalam pilihan raya.
Semua menteri persekutuan dari Kabinet Rahman pertama dikekalkan kecuali H.S. Lee yang tidak bertanding dalam pilihan raya 1959, dan Mohamed Khir Johari yang bertanding di parlimen Kedah Tengah, yang mana pilihan raya bagi parlimen tersebut ditunda ke 30 September 1959.[1]
Berikut merupakan senarai anggota kabinet kedua bagi Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu (kemudiannya Perdana Menteri Malaysia), Tunku Abdul Rahman.
Anggota kabinet
Kabinet persekutuan ini mengalami beberapa rombakan dan mengandungi menteri seperti berikut:
Portfolio | Pemegang jawatan Parti (Perwakilan) | ||||
---|---|---|---|---|---|
Ogos–November 1959 | November 1959 – Februari 1960 | 1960–1961 | 1962-1963 | 1963-1964 | |
Perdana Menteri | Tunku Abdul Rahman UMNO (Kuala Kedah) | ||||
Timbalan Perdana Menteri | Abdul Razak Hussein UMNO (Pekan) | ||||
Menteri Penuh | |||||
Menteri Pertahanan | Abdul Razak Hussein UMNO (Pekan) | ||||
Menteri Hal Ehwal Luar | Ismail Abdul Rahman UMNO (Johor Timur) | Tunku Abdul Rahman UMNO (Kuala Kedah) | |||
Menteri Penerangan dan Penyiaran | Tunku Abdul Rahman UMNO (Kuala Kedah) | ||||
Menteri Pembangunan Luar Bandar | Abdul Razak Hussein UMNO (Pekan) | ||||
Menteri Perdagangan dan Perusahaan | Ismail Abdul Rahman UMNO (Johor Timur) | Khir Johari UMNO (Kedah Tengah) | Lim Swee Aun MCA (Larut Selatan) | ||
Menteri Kesihatan | V. T. Sambanthan MIC (Sungai Siput) | Abdul Rahman Talib UMNO (Kuantan) | |||
Menteri Kesihatan dan Kebajikan Masyarakat | Ong Yoke Lin MCA (Ulu Selangor) | ||||
Menteri Buruh dan Kebajikan Masyarakat | Ong Yoke Lin MCA (Ulu Selangor) | Bahaman Samsudin UMNO (Kuala Pilah) | |||
Menteri Buruh | Bahaman Samsudin UMNO (Kuala Pilah) | ||||
Menteri Dalam Negeri | Suleiman Abdul Rahman UMNO (Muar Selatan) | Ismail Abdul Rahman UMNO (Johor Timur) | |||
Menteri Keselamatan Dalam Negeri | Ismail Abdul Rahman UMNO (Johor Timur) | ||||
Menteri Kerja Raya, Pos dan Telekom | Sardon Jubir UMNO (Pontian Utara) | V. T. Sambanthan MIC (Sungai Siput) | |||
Menteri Kewangan | Tan Siew Sin MCA (Melaka Tengah) | ||||
Menteri Hasil Bumi | Bahaman Samsudin UMNO (Kuala Pilah) | ||||
Menteri Pengangkutan | Abdul Rahman Talib UMNO (Kuantan) | Sardon Jubir UMNO (Pontian Utara) | |||
Menteri Pelajaran | Abdul Aziz Ishak UMNO (Kuala Langat) | Khir Johari UMNO (Kedah Tengah) | Abdul Rahman Talib UMNO (Kuantan) | Abdul Hamid Khan UMNO (Batang Padang) | |
Menteri Pertanian | Abdul Aziz Ishak UMNO (Kuala Langat) | ||||
Menteri Pertanian dan Koperasi | Abdul Aziz Ishak UMNO (Kuala Langat) | Khir Johari UMNO (Kedah Tengah) | |||
Menteri Kehakiman | Leong Yew Koh MCA (Senator) | ||||
Menteri Hal Ehwal Sarawak | Jugah Barieng PESAKA (Sarawak) | ||||
Menteri Tanpa Portfolio | Abdul Rahman Talib UMNO (Kuantan) | Abdul Aziz Ishak UMNO (Kuala Langat) | |||
Suleiman Abdul Rahman UMNO (Muar Selatan) | Khaw Kai Boh MCA (Senator) | ||||
Ong Yoke Lin MCA (Ulu Selangor) | |||||
Timbalan Menteri, Pembantu Menteri, Menteri Muda | |||||
Pembantu Menteri | Syed Jaafar Albar UMNO (Johor Tengah) | ||||
Pembantu Menteri | Abdul Hamid Khan UMNO (Batang Padang) | ||||
Pembantu Menteri | Abdul Khalid Awang Osman UMNO (Kota Setar Utara) | ||||
Menteri Muda Pelajaran | Abdul Hamid Khan UMNO (Batang Padang) | ||||
Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar | Abdul Khalid Awang Osman UMNO (Kota Setar Utara) | Mohamed Ghazali Jawi UMNO (Senator) | |||
Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar (Sarawak) | Abdul Rahman Ya'kub Bumiputera (Sarawak) | ||||
Menteri Muda Perdagangan dan Perusahaan | Cheah Theam Swee MCA (Bukit Bintang) | Abdul Khalid Awang Osman UMNO (Kota Setar Utara) | |||
Menteri Muda Buruh | V. Manickavasagam MIC (Klang) | ||||
Menteri Muda Buruh dan Kebajikan Masyarakat | V. Manickavasagam MIC (Klang) | ||||
Menteri Muda Dalam Negeri | Mohamed Ismail Mohamed Yusof UMNO (Jerai) | Cheah Theam Swee MCA (Bukit Bintang) | |||
Menteri Muda Penerangan dan Penyiaran | Syed Jaafar Albar UMNO (Johor Tengah) | Mohamed Ismail Mohamed Yusof UMNO (Jerai) |
Lihat juga
Rujukan
- ^ Arkib Negara: http://www.arkib.gov.my/web/guest/pilihanraya-umum-pertama-1955 Diarkibkan 2016-05-18 di Wayback Machine