Kerajaan Flensburg
Kabinet Schwerin von Krosigk | |
---|---|
Kabinet Jerman | |
1945 | |
"Menteri Utama" Lutz Graf Schwerin von Krosigk | |
Tarikh dibentuk | 02 Mei 1945 (1945-05-02) |
Tarikh dibubarkan | 23 Mei 1945 (1945-05-23) |
Orang dan pertubuhan | |
Ketua negara | Karl Dönitz |
Ketua kerajaan | Lutz Graf Schwerin von Krosigk |
Parti anggota | Parti Nazi |
Parti pembangkang | Tiada |
Sejarah | |
Pendahulu | Kabinet Goebbels |
Pengganti | Majlis Kawalan Bersekutu Cabinet pertama Adenauer (dari 20 September 1949) Jemaah Menteri Jerman Timur (dari November 1950) |
Kerajaan Flensburg (Jerman: Flensburger Regierungcode: de is deprecated ), juga dikenali sebagai Kabinet Flensburg (Flensburger Kabinett), Kerajaan Dönitz (Regierung Dönitz), atau Kabinet Schwerin von Krosigk (Kabinett Schwerin von Krosigk), adalah kerajaan jangka pendek Jerman Nazi dalam tempoh tiga minggu sejurus berakhirnya Perang Dunia II di Eropah. Kerajaan ini telah dibentuk selepas kematian Adolf Hitler pada 30 April 1945 semasa Pertempuran Berlin. Ia diketuai oleh Laksamana Besar Karl Dönitz sebagai Reichspräsident dan Lutz Graf Schwerin von Krosigk sebagai Menteri Utama.
Pentadbiran itu dirujuk sebagai "Kerajaan Flensburg" kerana markas Dönitz telah dipindahkan ke pelabuhan Flensburg di utara Jerman pada 3 Mei 1945.[1] Oleh kerana kemaraan pantas pihak Bersekutu, bidang kuasa nominalnya terhad kepada wilayah sempit yang memanjang dari sempadan Austria menerusi Berlin ke sempadan Denmark; dimana, sejak 25 April 1945, telah terbahagi dua oleh kemaraan Amerika untuk bergabung dengan tentera Soviet di Torgau dekat Sungai Elbe. Susulan dari penyerahan kalah seluruh angkatan tentera Jerman pada 8 Mei, kerajaan Flensburg hilang kesemua bidang kuasa wilayah, tentera atau sivil secara langsung, dan semua hubungan diplomatik ditarik balik. Pihak Sekutu Barat membenarkan kerajaan Flensburg meneruskan urusan dan membuat perundingan sehingga 23 Mei, apabila mereka membubarkan kerajaan tersebut dan menahan kakitangannya sebagai tawanan perang.[2]
Komposisi
Mengekalkan beberapa ahli dari kabinet Hitler dan kabinet Goebbels yang sebelumnya, kerajaan Karl Dönitz terdiri daripada ahli-ahli yang berikut:
- Reichspräsident Karl Dönitz
30 April 1945 - 23 Mei 1945 (Parti Nazi)
- Menteri Utama Lutz Graf Schwerin von Krosigk
2 Mei 1945 - 23 Mei 1945 (Parti Nazi)
- Menteri Luar Negeri Lutz Graf Schwerin von Krosigk
2 Mei 1945 - 23 Mei 1945 (Parti Nazi)
- Menteri Dalam Negeri Wilhelm Stuckart
2 Mei 1945 - 23 Mei 1945 (Parti Nazi)
- Menteri Undang-Undang Otto Georg Thierack
24 Ogos 1942 - 23 Mei 1945 (Parti Nazi)
- Menteri Kewangan Lutz Graf Schwerin von Krosigk
1 Jun 1932 - 23 Mei 1945 (Parti Nazi)
- Menteri Industri dan Pengeluaran Albert Speer
2 Mei 1945 - 23 Mei 1945 (Parti Nazi)
- Menteri Pemakanan dan Pertanian Herbert Backe
2 Mei 1942 - 23 Mei 1945 (Parti Nazi)
- Menteri Buruh Franz Seldte
2 Mei 1945 - 23 Mei 1945 (Parti Nazi)
- Menteri Perang Karl Dönitz[3]
30 April 1945 - 23 Mei 1945 (Parti Nazi)
- Menteri Pengangkutan Julius Heinrich Dorpmüller
2 Februari 1937 - 23 Mei 1945 (Parti Nazi)
- Menteri Pos Julius Heinrich Dorpmüller
2 Mei 1945 - 23 Mei 1945 (Parti Nazi)
- Menteri Persenjataan Karl Saur
30 April 1945 - 23 Mei 1945 (Parti Nazi)
Lihat juga
- Akhir Perang Dunia II di Eropah
- Surat Cara Penyerahan Kalah Jerman
- Hari Kemenangan (9 Mei)
- Hari Kemenangan di Eropah
Rujukan
Nota
- ^ Jones 2015, m/s. 88.
- ^ Jones 2015, m/s. 323.
- ^ Biography on dhm.de (Jerman)
Bibliografi