Khairulaming

Khairulaming

B.Eng (Vanderbilt)
Khairul Amin Kamarulzaman
Kelahiran
Khairul Amin bin Kamarulzaman

(1992-09-25) 25 September 1992 (umur 31)
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
PendidikanIjazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kejuruteraan Mekanikal)
Pusat pendidikanSMK Ismail Petra, Kota Bharu, Kelantan
Universiti Vanderbilt, Amerika Syarikat
Terkenal keranaPempengaruh media sosial mengenai makanan. Ahli perniagaan melalui produk sambal.
AnugerahPencipta Kandungan Tik Tok Tahun Ini (2023)
Maklumat Instagram
Saluran
  • khairulaming
Pengikut3,786,520
Maklumat YouTube
Saluran
  • Khairulaming
Tahun aktif2018 - kini
Genremasakan, travelog
Pelanggan235 ribu
Jumlah tontonan3,034,257
Maklumat TikTok
Pengikut3.7 juta
Likes56 juta
Nama lamanKhairulaming
Pautan laman@khairulaming

Kemas kini: 27 September 2023

Khairulaming (atau Khairul Aming, atau nama sebenar Khairul Amin Kamarulzaman[1]) ialah seorang pencipta kandungan digital, personaliti media sosial dan ahli perniagaan Malaysia.

Penciptaan kandungan

Beliau dikenali dengan kandungan bertemakan masakan. Beliau mula dikenali dengan "30 hari, 30 resepi", sebuah rancangan video tahunan yang diterbitkannya pada 2018 di mana beliau akan menyiarkan 30 jenis idea resipi sepanjang bulan Ramadan.[2][3]

Pada 27 Ogos 2023, beliau telah dinobatkan sebagai Pencipta Kandungan Tahun Ini dalam Anugerah TikTok Malaysia 2023.[4][5]

Perniagaan

Khairulaming juga ialah seorang ahli perniagaan. Beliau mula mengusahakan penjualan sambal di bawah jenama "Sambal Nyet" sejak 2021. Jumlah jualan sambalnya pada 2021 adalah mencecah 540,000 botol, atau sebanyak RM7.5 juta[6] manakala pada 2022, jualan dipeolehi ialah sebanyak RM14 juta.[7] Pada 2022, beliau telah memenangi anugerah Penjual Baharu Terbaik dan Khidmat Pelanggan Terbaik dari syarikat e-perdagangan, Shopee.[2][8]

Anugerah dan pengiktirafan

Penciptaan kandungan digital

  • TikTok
    • Pencipta Kandungan Tahun Ini (2023)[4]

Perniagaan

  • Shopee
    • Penjual Baharu Terbaik (2022)[2][8]
    • Khidmat Pelanggan Terbaik (2022)[2][8]

Rujukan

  1. ^ Chelvi, S. Tamarai. "Cooking with love". www.thesundaily.my (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-09-27.
  2. ^ a b c d "What do we know about Khairul Aming so far? The not-so-overnight sensation!". Youth Ventures Asia (dalam bahasa Inggeris). 2023-04-13. Dicapai pada 2023-09-27.
  3. ^ "Masakan terlebih minyak, resipi sambal hijau Khairulaming ditegur Dr Rafidah - "Harap akan datang adalah makanan sihat" - Semasa | mStar". www.mstar.com.my (dalam bahasa Inggeris). 2023-04-01. Dicapai pada 2023-09-27.
  4. ^ a b KARIM, MOHAMMAD AL FAIZAL ABDUL (2023-08-27). "Kerja keras terbalas, Khairul Aming dinobat Creator of The Year". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2023-09-27.
  5. ^ "Khairul Aming menang kategori Pencipta Kandungan Tahun Ini di Anugerah TikTok Malaysia 2023". BERITA Mediacorp (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-09-27.
  6. ^ Khairy, Hannaan (2022-03-02). "Setahun Sambal Nyet Dilancarkan, Khairul Aming Kongsi Jualan Sebanyak RM7.5 Juta". Majalah Labur (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-09-27.
  7. ^ Ariff, Hairi (2023-02-15). "Genap 2 Tahun Tawarkan Sambal Nyet, Khairul Aming Dedah Berjaya Raih Jualan RM21.5 Juta". VOCKET. Dicapai pada 2023-09-27.
  8. ^ a b c "Wow, dari 'zero' ke million! Jual sambal je, Khairulaming kongsi catat jualan RM21.5 juta dalam masa 2 tahun - Semasa | mStar". www.mstar.com.my (dalam bahasa Inggeris). 2023-02-15. Dicapai pada 2023-09-27.

Pautan luar

  • Khairulaming di Instagram
  • Khairulaming di TikTok
  • Khairulaming di Twitter
  • Khairulaming di Shopee