Molek FMLogo sejak 2 Januari 2022 |
Bandar | Petaling Jaya, Selangor, Malaysia |
---|
Kawasan penyiaran | - Kelantan
- Pahang
- Terengganu
|
---|
Slogan | Gu Pantai Timur |
---|
Tarikh siaran pertama | 9 Januari 2022; 2 tahun yang lalu (2022-01-09) |
---|
Bahasa | Melayu |
---|
Pemilik | Media Prima Berhad (Kool FM Radio Sdn Bhd) |
---|
Saluran kembar | - Hot FM
- Kool 101
- Fly FM
- Eight FM
|
---|
Siaran web | dengar.molekfm.audio |
---|
Tapak web | www.molekfm.audio |
---|
Molek FM ialah stesen radio swasta Malaysia yang dikendalikan oleh Media Prima Audio, anak syarikat radio konglomerat media Malaysia, Media Prima Berhad.[1] Stesen radio itu bertujuan untuk pendengar Pantai Timur di Semenanjung Malaysia, yang disiarkan 24 jam setiap hari dari Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor. Stesen radio ini disasarkan kepada pendengar berumur 18 hingga 39 tahun selain memberi tumpuan kepada pendengar berumur 24 hingga 34 tahun di negeri Pantai Timur.[2][3]
Sejarah
Molek FM mula menyiarkan percubaan pada 2 Januari 2022 dan disiarkan secara rasmi dengan penyampai radio pada 9 Januari 2022.[4][5] Pada mulanya, ia menyasarkan pendengar di negeri Pantai Timur, dengan lagu-lagu 80-an hingga terkini serta Melayu, Hindi, Indonesia, Inggeris dan Thai. Malaysia hanya mempunyai dua stesen radio berbahasa Melayu di pantai timur sebelum pelancaran Molek FM iaitu Manis FM milik Husa Network Sdn. Bhd. dan Gegar milik Astro Radio.[6]
Pada tahun 2011, Rangkaian Radio Media Prima pernah melancarkan dua saluran radio khusus bagi pendengar Pantai Timur iaitu Hot FM T'ganu dan Hot FM Kelate.[7] Kedua-dua saluran tersebut bertahan sehingga tahun 2015.
Pada 31 Mei 2022, Molek FM dianugerahkan trofi "Excellence In Media Communication" bagi kategori radio menerusi Anugerah Perniagaan Keusahawanan Kelantan 2022 yang berlangsung di Kota Bharu, Kelantan.[8]
Pada 2 Oktober 2022, Molek FM mula bersiaran di Kuantan, Pahang melalui frekuensi 100.4 MHz yang dipancar dari Bukit Pelindung bagi menggantikan slot stesen radio berbahasa Cina di bawah Media Prima Audio iaitu 8FM (dahulunya One FM).
Penyampai Radio
Penyampai Harian
Nama | Nama samaran | Mula kerja | Catatan |
Daniel James Tyler | Mat Dan | 9 Januari 2022 | |
Nazrin Nordin | DJ Nazz | 10 April 2022 | |
Qila Shahirah | Qila | 17 Disember 2023 | |
Syarifah Nur Farhana Syed Talib | Anna Aljuffrey | |
Penyampai Hujung Minggu
- El Saifuddin
- Zetty Rashid
- Ezuan Zack
Nama | Nama samaran | Mula kerja | Catatan |
Siti Azian Sheik Omar | Mek Yan | 2 Januari 2023 | |
Bekas Penyampai
Nama | Nama samaran | Tempoh Kerja | Catatan |
Mohd Izzul Nazmi Mazri | Izzul | 9 Januari 2022 - 27 Jun 2022 | |
Fizie Roslan | Fizie | 9 Januari 2022 - 22 November 2023 | berpindah ke Gegar |
Siti Azuraina Sheik Omar | Mek Zura | 9 Januari 2022 - 16 November 2023 | |
Abdul Karim Hassan | Kai Hassan | 9 Januari 2022 - 28 November 2023 | berpindah ke Suria |
Kamilia Afiqah | Keymi | 27 Mac - 29 Disember 2022 | - Merupakan juara Cek Mek Molek Tati
- berpindah ke Hot FM
|
Program
Ahad - Khamis
Segmen | Penyampai | Masa |
Molek Pagi | DJ Nazz & Qila | 06:00 - 10:00 |
Muzik Tanpa Yoya | - | 10:00 - 15:00 |
Molek Petang | Mat Dan | 15:00 - 19:00 |
Renungan Molek | - | 19:00 - 20:00 |
Molek Malam | Anna Aljuffrey | 20:00 - 00:00 |
Jumaat
Segmen | Penyampai | Masa |
Jukebox Molek | - | 06:00 - 08:00 |
Terbaik Molek Pagi | DJ Nazz & Qila | 08:00 - 12:00 |
Jumaat Penghuni Hari | - | 12:00 - 15:00 |
Molek Korner | Penyampai Hujung Minggu | 15:00 - 19:00 |
Renungan Molek | - | 19:00 - 20:00 |
Jukebox Molek | - | 20:00 - 21:00 |
Artis Molek Gu | Anna Aljuffrey & Qila | 21:00 - 00:00 |
Sabtu
Segmen | Penyampai | Masa |
Jukebox Molek | - | 06:00 - 08:00 |
Artis Molek Gu (ulangan) | Anna Aljuffrey & Qila | 08:00 - 11:00 |
Molek Korner | Penyampai Hujung Minggu | 11:00 - 19:00 |
Renungan Molek | - | 19:00 - 20:00 |
Terbaik Molek Pagi | DJ Nazz & Qila | 20:00 - 00:00 |
Frekuensi
Radio
Televisyen
Platform TV | Saluran |
MYTV | 714 |
Rancangan Pagi di Molek FM
Segmen Pagi Molek FM adalah antara segmen popular di Malaysia. Pada mulanya, segmen pagi Molek FM dinamakan sebagai Molek FM yang diterajui oleh dua penyampai popular Fizie & Mek Zura segmen pagi dinamakan sebagai Molek Pagi yang diterajui DJ Nazz & Qila.
Penyampai Radio Pagi
Tahun | Penyampai |
Januari 2022 - November 2023 | Fizie & Mek Zura |
Disember 2023 - kini | DJ Nazz & Qila |
Rancangan Petang di Molek FM
Rancangan Petang Molek FM sering menjadi peneman rakyat Malaysia ketika berada dalam kesesakan lalu lintas. Anda boleh "chilax" Molek Petang yang diterajui Mat Dan.
Penyampai Radio Petang
Tahun | Penyampai |
Januari - April 2022 & November - Disember 2023 | Mat Dan |
April 2022 - November 2023 | DJ Nazz & Mat Dan |
Rujukan
- ^ Zaidi Mohamad (Januari 24, 2022). "MPA 'pecah rekod' siarkan Molek FM". BHarian. Dicapai pada 17 Februari 2022.
- ^ Syafil Syazwan Jefri (2022-01-07). "Molek FM, Gu Pantai Timur untuk orang Kelantan dan Terengganu". Harian Metro. New Straits Times Press. Dicapai pada 2022-02-17.
- ^ Nurshafika Suhaimi (2021-12-31). "Molek FM, siaran radio terbaharu Pantai Timur". Berita Harian. New Straits Times Press. Dicapai pada 1 Januari 2022.
- ^ "#Showbiz: Molek FM to serve East Coast radio listeners" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. 5 Januari 2022. Dicapai pada 17 Februari 2022.
- ^ "Molek FM, siaran radio baharu pendengar Pantai Timur". Sinar Harian. 30 Disember 2021. Dicapai pada 17 Februari 2022.
- ^ Nur Asyikin Mayudin (20 Ogos 2021). "Issey kini penyampai Gegar FM, cabar diri keluar dari zon selesa - "Saya hanya nak tukar angin"". mStar. Dicapai pada 17 Februari 2022.
- ^ Siti Azira Abdul Aziz (23 November 2011). "Hot FM Perkenal Penyampai Baru Di Kelantan & Terengganu". mStar. Dicapai pada 17 Februari 2022.
- ^ Affan Rostam (31 Mei 2022). "Molek FM terima pengiktirafan". hMetro. Dicapai pada 3 Jun 2022.
|
---|
|
Rangkaian televisyen | | |
---|
Rangkaian radio | Radio | |
---|
Lain-lain | - Audio+ (Aplikasi radio dan siniar)
|
---|
|
---|
Penerbitan akhbar | Akhbar | |
---|
Percetakan | |
---|
Pendidikan | - Full A Mark (portal pembelajaran)
- MindCampus (laman rujukan pendidikan)
|
---|
|
---|
Penerbitan dan pengedaran | |
---|
Pengiklanan luar | Subsidiari | - Kurnia
- Gotcha
- UPD
- The Right Channel
- Big Tree Seni Jaya
|
---|
|
---|
Digital | Portal | - Thelaki (Melayu)
- Lunaria (Melayu)
- Dhia (Melayu)
- Donna (Melayu)
- Likely (Inggeris)
- Chapters (Cina)
- Wakeke (Cina)
|
---|
Penstriman | |
---|
|
---|
- Saham tahunan: ▲ RM
- Simbol saham: MYX: 4502
- Laman web: www.mediaprima.com.my
|