Rakyat
Dalam bidang politik serta undang-undang, istilah rakyat (Jawi: رعيةcode: ms is deprecated serapan Arab: رَعِيَّة, rumi: ra`iyyahcode: ar is deprecated terbitan kata kerja رَاعَى rā`ā "menggembala" atau رَعَى ra`ā "mengamat-amati...memelihara"[1]) merujuk kepada orang awam yang ditadbir oleh suatu pemerintah negara dan menjadi unsur penting dalam pemerintahan.
Dalam politik
Pelbagai negara memerintah atau mendakwa memerintah atas nama rakyat. Sebagai contoh, Republik serta Empayar Rom menggunakan istilah Latin Senatus Populusque Romanus (Senat dan Rakyat Rom). Istilah ini lazimnya disingkatkan sebagai SPQR, dan meskipun Empayar Rom mencapai pemerintahan autokrasi bagi pihak peribadi, mereka terus memegang kekuasaan mereka atas nama Senat dan Rakyat Rom.
Hak-hak rakyat
Keluasan hak-hak rakyat adalah pelabgai bergantung kepada situasi politik: hak rakyat boleh menjadi luas dalam sistem demokrasi ideal sementara hak-hak rakyat dalam sistem kediktatoran dikekang sehingga secara asasnya sangat terhad. Antara hak-hak rakyat yang sering diperakui ialah:
- hak mengambil bahagian dalam pilihan raya;
- hak mengkritik dan membentuk kerajaan;
- menjadi elemen penting dalam sistem politik;
- patuh menuruti peraturan-peraturan politik yang ditetapkan negara dan siap menerima hukuman sekiranya melanggarnya.
Rujukan
- l
- b
- s